Thursday, December 31, 2015

365 0f 365

Fhewww....

Biar papaya kita dah betul-betul kat hujung tahun? Ini bukan dah hujung, memang corner lot dah, lagi 16,17 jam dah masuk 2016. Fuuuuhhhh~

Apa yang terkesannya 2015 dan apa yang bestnya 2016?

Aku tak suka flashback, malas nak tengok belakang, throwback, looking back, segala jenis back! Tapi, sebagai konklusi hidup sepanjang tahun 2015, aku boleh katakan, yah 2015 adalah tahun permulaan dan pengakhiran. Tahun yang aku banyak mencabar diri, menyerlahkan potensi diri yang selama ni aku pun tak tahu yang aku ada. 

Tahun 2015 jugak aku amik keputusan untuk sambung lagi belajar setelah rehatkan minda dan trauma dalam setahun setengah. Trauma dol part writing, tunggu turn viva, correction, ergghhh! Hampir-hampir aku merajuk, dah takmo lagi mengaji, hihihi. Tapi, alhamdulillah rezeki nak sambung belajar tu ada lagi.

Tahun 2015 dari segi kerja, mungkin yang terbaik pernah aku lalui. Dikelilingi oleh kawan-kawan
yang datang daripada pelbagai background study, buatkan otak ortodoks aku berkembang. Invironment kerja yang sangat positif, kawan-kawan sentiasa support each other, kalo aku ada sesi presentation esok, hari ni dia orang dah suruh aku practice depan dia orang, komen, bagi semangat. Kalo aku text mintak tolong check proposal tengah malam, takde hal kawan-kawan ni bagi feedback direct, seriously aku tak pernah merasai kerja yang macam family, TEAM WORK even masing-masing lain teknologi, lain projek.

Tahun 2015, tahun berjalan-jalan dengan family. Selalu trip keje je, dan aku suka jenjalan! Bulan 3 jenjalan Bandung dengan family, bulan 6 pegi Bangkok pasal keje, then bulan 10 pi Miri sebab keje jugak dan last trip pegi tunaikan umrah awal bulan 12 hari tu. Alhamdulillah, syukur Allah bagi rezeki sihat, kewangan, untuk dapat tengok dunia lain. Seronok sebenarnya dapat spent time dengan family, jalan-jalan, makan-makan, gelak-gelak. Dan disebabkan Along, aku dan Nami masih anak bujang kesayangan cik kiah (sendiri declare!) memang lagi gamatlah trip tersebut! Insyaallah, kalau ada rezeki lagi, pasni trip keje pun aku angkut jugak cik kiah ikut sekali. If dapat rezeki memang nak bawak mak pegi tempat mana yang dia teringin nak pi. Tengok drama Korea, nakpi Korea, tengok cite hindustan nakpi India...Haishhh....hahaha

Tahun 2015, masih tak pandai bermain cinta, errkkk, haha! Serius, aku bab ni memang failed. Tak pastilah sebab Cik Suboh tak habis turunkan ilmu, Cik Kiah tak hafal ayat pemanis ke, tu yang sampai sekarang dok terkulat-kulat sorang-sorang...huhuhu. 
Adalah jugak kenal-kenal, tapi takat tu jela. Yang admire selalunya tak laki orang or tunang orang! Huh, hehehe... Tapi, aku rasa part jodoh ni insyaallah ada. Yang penting kita happy dengan diri kita, hidup kita, insyaallah benda yang baik-baik akan datang, macam jodoh. 

Uiitt, panjangnye aku tulis! If ikutkan mood sekarang memang boleh buat buku! Jadi, kesimpulannya, buku cerita aku mungkin takkan pernah sama dengan buku orang lain. Kita tak boelh nak harapkan buku kita sama dengan orang lain sebab setiap orang jalan cerita berbeza-beza. Kita selalu nampak yang indah-indah, bahagia dekat buku cerita orang lain, tapi terkadang kita lupa yang kita pun sebenarnya bahagia, tapi kita yang tak perasan. 

Kepada 2016, aku tak mintak banyak. Sekadar yang bercukupan untuk hidup, sihat, murah rezeki sentiasa happy dengan diri sendiri, hidup sendiri dan Allah rahmati setiap apa yang kita lakukan. Aku jangkakan 2016 sangat bergemerlapan, tahun yang kuat, tough, bunga-bunga cinta, sukses dan seret beg pegi tengok dunia lagi! Amin.


*Shine bright like a diamond!

Thursday, December 17, 2015

Youth Entrepreneurship Camp (YEC) 2015


Agak berkurun baru nak update, bukan malas je alasannya, lepas balik dari Miri keje datang memang tak putus-putus. Jadi, buat slow-slow, relax-relax, ada masa barulah up cerita satu-satu. 

25 October yang lalu, team Innohub hantar wakil 3 orang pegi join YEC kat Miri Sarawak dan aku termasuklah antara yang bertiga tu. Mula-mula tak comfirm lagi pegi ke tak, so takdelah cuak sangat nak fikir apa yang nak dipresent ke, dicakap ke, tup-tup bos besar mintak no IC and card matrix, ini memang kes sah kena pegi T__T
Pegi jalan-jalan orang sponsor sape tak suka kan, tapi yang melecehkan hati ni nak memikirikan sepanjang 5 hari tu dok mengadap aktiviti yang memerlukan kita bercakap, itu yang lecehhhh...huhuhu. Even dah berpuluh kali present tapi tetap jugak tak suka nak bercakap depan orang, teruk sungguh perangai!

Pendekkan cerita, dengan rela dan berat hati pergilah jugak kan,haha..So, sepanjang kat Miri, memang dah tau schedule dia pack macam mana, pastu digabungkan dengan budak-budak daripada u lain, semua berabuk je speaking menjadikan aku anti-social, hahaha. Overall, best, makan nice, weather panaihhh, tidoq tak cukup, hihi

Setiap hari memang penuh dengan talk, taiko-taiko entrepreneur akan bagi talk, buat aktiviti berkumpulan, talk lagi dan macam-macam. Ada satu aktiviti yang kita hanya dibekalkan dengan klip kertas dan perlu trade in klip tu dengan apa-apa barang yang berharga! Memang best game tu sebab group aku dapat tukar klip kertas dengan tayar lori, hahaha, pastu dengan set CCTV yang dah rosak dan macam-macam lagilah! Moral game tu, kalo nak jadi entrepreneur tak boleh malu, muka kena tebal, huhuhu

Kak Linda from Science Comp, aku wakil kakak2 photostat and Liyin from Biotech kalo tak silap, huhu

Ni team mate, Amir from MTDC, Syed from FRIM dan mamat chinese ni aku dah lupa nama ape, huhu and lagi sorang Afiqah.

Keje main tampal stickers jela


sesi berbual

Prepare final presentation sampai pukul 3 pagi sampai sambung dalam hotel bilik, nasib JAIS tak sampai Miri, hihihi

Last day dengan semua perwakilan dari celah-celah benua mana. Ini wakil daripada Universiti Tokyo , aku pun acah-acah cakap jepung, haha

Pusing-pusing Curtin University, kecik je tapi style memang oversea habis.

Yang aku kagum tahap melopong mulut pasal Curtin ni, kat koperasi dia ada jual PS4, XBOX, gileeeee~~~~

Jumps bos MTDC yang sponsor semua peserta daripada semenanjung, hurm, masaklah dia dah kenal muka sorang-sorang siap suruh follow lagi FB dia sebab nak tahu current progress masing-masing, huhuhu

Aku pun tak sangka akan pergi sejauh ini, walaupun sebebnarnya baru peringkat nak merangkak-rangkak. Kalau dah ada peluang depan mata, tutup je mata dan redah sebab peluang tak datang bergolek dan takkan datang dua kali. Tak silaplah keputusan aku untuk join Innohub dan sambut cabaran bos besar Mr. Zakir. Thanks bos ^_^


*Aku masih kakak photostat yang dulu....hihi