Wednesday, February 10, 2016

Refreshment


Bulan dua di tahun 2016 sudah. Aduinaa, cepat betol masa sekarang ni, tua atas kerusi, atas jalan jela nanti.

Yang penting sekarang ni, aku perlukan sesuatu untuk refreshkan balik semangat nih. Hurmmm, entah mana perginya Cik Semangat, kejap ada, kejap hilang. Masalahnya hilang tu lama, rasa macam tak well plan je hidup aku sekarang ni.

Pernah rasa nak hold 1 semester, nak amik cuti dalam sebulan. Aku nak bawak beg, isi kain baju sekadar cukup, book tiket mana yang tergerak then pegi travel, cari diri, cari Tuhan. Oh dear, kan bagus kalo betul-betul dapat buat macam tu. Tapi, Si Arn dah lempang aku, tak payah nak hold belajar, redah je apa yang ada katanya.

So, itu yang kita orang tegejal je pi camping. Setakat ni, memang Kalumpang Resort yang terbaik dari segi fasilities, kebersihan, toilet cun, dan yang paling penting keselamatan sebab kami kan gegel. Muka Nazi macam manapun tapi bab security perlu diambil kira jugak, aku pun boleh tahan penakut, haha. Dah 2 kali repeat tempat ni, pakcik yang jaga situ pun dah kenal muka baby face kita orang, hehe.

Bila dah kali kedua, tentunya akan ada improvement dari segi masa, barang-barang camping kan. Part yang paling best adalah kerusi malas yang baru beli, hahaha!Memang rasa sangat cool sandar kat kerusi sambil makan kacang, minum kopi, baca paper sambil tengok orang mandi. hehehe

Color mesti sama, kalo tak nanti dengki!

Bersih kan...

Suasana dalam khemah malam2. No phone, no gadget, berbekalkan kopi 3 in 1, kacang cap tangan, bluetooth speaker, duduk tepi air, memang fulltime borak sampai pukul 2 pagi! Ntah ape yang kite orang dok borak pun tak tau. Bila ko dah dengan soulmate, apa topik yang dibukak memang boleh kupas sampai kering tekak! Arn cakap pasni kena beli tilam, sakit badan. Baik bawak katil terus!

Esok pagi, memang rasa fresh betul bila bangun sebab malam tu hujan turun, kualiti tido memang tiptop lah! Ape je yang kite orang masak dalam hutan kan...


Part omelette memang serah kat Arn, dia master buat telur hancuq

Cheese Sosej + Omelette, salmon + kacang panggang + sos nandos + kopi

Apa lagi yang paling heaven ko boleh mintak time camping.....hahaha Itu baru bfast, belum tango menu lunch kite orang, menangis T__T


lamb skeewer, yummeh!

lamb grill, serius sedap!

Even ahli camping hanya 2 ketul je, tapi part makan memang overload, haha. Setiap kali camping memang macam ni, Si Arn tu takut sangat kite orang kebuloq time camping, segala benda dia nak hangkut! Itu aku tak up pun menu dinner kiteorang, ikan bawal panggang, hehehe. Mandi air sejuk kan, asal naik je lapo, apa barang makan megi, bihun, tak style lah... So, lepas makan, kite orang tido dulu seround, dengar je bunyik orang mandi tapi port khemah memang strategik dan orang pun takdela jakun nak jengah kite orang tengah berkeroh dalam khemah tu...

Aku suka pi mana-mana dengan Arn, bila camping masing-masing tahu part sendiri, tak berkira, takde nak tacing2, bukan borak pasal orang, borak pasal kesetanan diri sendiri, haha. Korang kalo nak test orang tu boleh jadi bestfriend ke, ajak dia pi camping. Try hidup tanpa telefon, baru ko rasa nikmatnya berborak, spend time dengan buddy ko. I lebiu la macha!!!



moment ni yang paling win!

So, itulah sesi refreshment aku, ilangkan segala sesak jiwa ni, semua aku dah hanyutkan dalam air sungai tu. Next time, kite orang nak buat benda tegejal, takde plan, main redah je...baru braderhud!

*tak payah nak friendship sangat, lol =p