Thursday, May 26, 2016

Happy Birthday Pia!


Dah selamat 30 tahun kawan aku sorang nih. Selisih dua hari je besday kita orang, so memang akan alert bila dah nak hujung-hujung bulan 5 ni, hehehe

Pia, antara kawan yang aku boleh declare dekat dengan hati. Aku kawan ramai, tapi kawan untuk ko boleh share semua benda, nangis sama-sama sambil tengok hindustan, nyanyi lagu janam janam bahagi part korus, masak sedap-sedap, bagi hadiah yang suwitt-suwitt, kawan ngeteh, buka puasa kat kolej sama-sama, tengok rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan pastu try ikut resepi untuk buka, sahur sama-sama, naik motor merempit, semuanya aku boleh dapat dengan Pia je.



Terlalu banyak benda yang kita dah buat sama-sama kan Pia, tak tertulis! Walaupun sebenar-benarnya aku dengan Pia ni takdelah rapat mana time degree dulu sebab aku memang tak suka kawan dengan kosmet sendiri, hahaha!!! Artis sangat perangai aku nih =p Time master pun xdelah rapat mana, start aku tumpang rumah Pia time kolej tutup waktu semester, time tulah bibit-bibit percintaan kita orang terjalin, kikiki. Ingat lagi beli dumbel 5kg konon-konon nak kecikkan lengan, hahaha. Aku rasa Pia boleh masuk dengan aku sebab dia mampu menahan lawak yang ekstrem berbanding gegel-gegel lain yang mesti tacing 5 tahun kalo aku bahan dia orang. Pia pun tahan maki, tahan dibahan, dan berkebolehan membalas lawak ekstrem kat aku balik tanpa rasa takut, haha.

Selamat hari jadi Pia, semoga Allah cukupkan hidup kau dengan sempurna. Terima kasih atas persahabatan yang paling meromantikkan yang pernah aku rasa. Thanks for everything. Dah nak kawin pun dia, untung-untung aku pulak menyusul lepas raya nanti. Raya apa? Aku pun tak tahu. Nanti datang tolong uli karipap sadin ang yang pemes meletop-letop kat daerah Tapah tu. hehehehe

*Cik Pia dah nak bergelar puan =)

Tuesday, May 24, 2016

InnovFest Unbound 2016


Hahaha, aku gelak sebab suka hati dapat berjalan jela kejenye tahun nih! Baru minggu lepas pi Singapore, disponsor UStart + UPM + Innohub untuk join event seperti tajuk di atas. Ini kali kedua aku pi Singapore sejak 2013 yang lalu. Time tu pegi dengan bos, time ni bos cakap U pegilah, event untuk orang-orang muda....yihuuu

Dan aku di antara 5 yang bertuah, cecepat roger geng beli tiket and Kak Linda uruskan hotel. Nanti claim baliklah ye kaedahnya. Yang bestnya event ni, dengar cerita crowd dia lebih kurang 5000 orang, pehhh memang ramai and bombastic la bila international event boleh dapat crowd seramai tu. Aku agak hepi join this trip sebab tak perlu pening kepala nak risau kena pitch, hehehe.

Event 2 hari buat kat Marina Bay Sand, pehhh, memang kagum di situ. Nak masuk saja-saja memang ntah bilalah kan. Fasilities memang tip top, makan ok, minum memang heaven gila sebab ada booth coffee ala-ala starbucks kot dalam hall tu, boleh order nak minum cappucino, mocha, espresso, long black, semua ada and free without limit! Part ni memang aku paling gumbira, rasa macam nak kiss semua orang yang ada dalam hall tu!



Secara amnya, event ni more to apps, the latest technology by using apps from over the world tapi ada jug yang dah biasa je tahap-tahap dia kat Malaysia. If orang IT, ICT, developer, programmer yang datang, memang syurga dia oranglah kiranya, hehehe.

Dan sempat borak jap dengan member lama aku, sekarang ni dah segak noh. Dulu main game sebelah-sebelah je, sekarang dia yang buat game Angry Bird yang ampa semua dok main tuh...




Liyin, Kak Linda, Jamie and CikNad

Sebelum balik, aku menyempat lagi tersinggah USS, hahaha
Weh, macam masuk dalam dunia kanak-kanak! Dahla memang aku suka tengok cartoon disney macam Shrek, Madagascar. Tapi part masuk zaman Far Far Away tu memang rasa macam oohhhh myyy.....


Disebabkan panas aku tak tahan, so cari port yang nais untuk amik gambar. nasib aku agak naisss pada hari kejadian...hihihi



Jamban si Shrek!

Aksi stunt


Minnionnnnn!!!!

I want this unicorn! It's so fluffy, arghhhhh

Nasib baik pegi waktu hari biasa, so kadar waktu menuggu takdelah lama sangat. Semua benda yang orang suruh main aku berjaya khatamkan. Transformers, rollercoasters dua jenis, 4D Shrek la, macam-macam. If nak murah, beli tiket online, around RM190. Naik train ke Sentosa. If pegi Singapore lebih sehari, elok beli visitor pass harga 20 dollar, lagi jimat dan berbaloi-baloi. Locker kat USS kena sewa sehari 35 dollar, boleh bawak makanan from outside tapi cover-coverlah. Semua benda dalam USS kena bayar, expecially locker. Nak naik rollercoaster kena sewa 4 dollar untuk 45 minit. If lambat kena bayar denda bagai, kuwajaq!

*Jangan lupa baca doa naik rollercoaster tu, haha

Monday, May 23, 2016

Mama Ida


Sejak mengandungkan si baby Harraz, memang keje akulah yang melayan teringin si Ida tu. Nak makan Korean foodla, nak makan sambal ayam kak Nad lah, nak siput sedutlah, ngengada sungguh! Dan akhirnya, derita CikNad sudah berakhir bila baby Harraz berjaya jugak keluar walaupun dah due hampir dua minggu. Eleh, nak sama tarikh lahir dengan kitelah tuuu, hihihi

Disebabkan Ida memang pakar dalam bab mengugut, aku kenalah pegi jenguk dia sebelum dia balik Perak berpantang. As usual, baby semua comel, termasuk aku. Manalah ade baby yang keluar-keluar tak comel kan...
Nah, CikNad belanja gambar baby Harraz sekeping dua.

Kelihatan CikNad agak gugup untuk memegang baby


Arap-arap jangan ikut perangai mama dia suka paw CikNad,haha

Dan Kakak Jannah dah naik pangkat jadi kakak dan tak boleh ngada-ngada dengan mama. Dengan CikNad je boleh....

Moga baby Harraz jade anak yang soleh, bijak, aktif dan bagi manfaat kat orang lain....

*Kena dapat baby kembar, baru boleh lawan si Ida nih!

Bulat




Hidup, sememangnya begini.
Bila lelah,
bernafas,
bersatu dengan bumi.
Saat mata tak bisa lagi mengenal mana sepi, mana mimpi.
Saat rasa tidak lagi mampu meneka mana rindu, mana jemu.
Bernafaslah.

Lihat saja buku lusuh itu.
Mana tau, helaian tulisan azimatnya
Mampu mengusap dingin hati.
Lirik-lirik sihirnya
mampu mengembalikan semangat.
Menyuburkan kembali hati kering yang sudah hampir mati.

Bulatnya hati ini
Takkan sama bulatnya matahari
Teruskan saja langkah kecilmu
Hingga saat kau jumpa tapak pertama
Yang pernah kau pijak untuk mengelilingi dunia.


#Puisidarisyurga
23:21
23/05/2016

Vietnam

Okeh, ini memang trip yang paling simple aku penah buat! Hasil daripada borak-borak kat telefon dengan Arn, tetiba dia cakap, "Cha, jom pegi Vietnam beli beg." Aku memang tak pernah kata tak, terus je check tiket dan boom, beli! Itulah alkisahnya. Jangan borak lama sangat dengan Arn, memang ntah apa-apa yang kita orang buat nanti, haha

Sebenarnya agak sibuk jugak sebelum pegi, booked tiket pun Rabu, nak pegi Jumaat, nasibla ada Booking.com, hehe. Then, tukar duit pun Khamis malam, bayangkan betapa tak preparenye aku. Nasibla pegi semalam je, baju pun bawak selai dua, memang plan nak beli kat sana je nanti. Pegi Vietnam pakai duit malaysia pun boleh, even debit card pun boleh cucuk kat sana, punyalah senang nak habiskan duit, hahaha. Tapi, part taxi, hotel, makan memang pakai duit sanalah.

Naik AirAsia, dalam 2 jam dah sampai, pegi Jumaat memang takdelah sesak sangat. Sampai-sampai tak boleh nak check in lagi, tapi boleh tumpang letak beg, startlah jalan-jalan kat kawasan Ho Chi Minh. Apa yang aku boleh describe pasal bandar tu, semacam satu tempat yang tak pernah mati, 24hours sentiasa ada orang. Jalan raya memang crowded gile! Part melintas jalan, ko rasa macam ko tengah bunuh diri, serius! Aku hampir-hampir kena langgar dengan aunty mana celah datang tetiba hampir nak langgar aku. Boleh pulak dia stop pastu petpot petpot dok marah aku. Aku ejek balik aunty tu dan terus lari bedezup!haha

The centre of Ho Chi Minh City

Jangan terkejut yang menara TM pun ada kat sini, hehe


Makanan local kat sini, Pho (macam meehun rebus) popiah udang(sedap,fresh,mabeles) dan kopi ais yang paling meletup!

Benda yang kena but bila travel, try local food, yang halal lah, jangan main telan je.

Orang Melayu memang ramai yang pegi sini, borong menggila tudung, kain. Tudung neelofa jual lambak je sini. Dan nasib baiklah aku tak pandai pakai, huhu. Pasar Benh Thanh yang femes tu pun kita orang masuk sekali je. Not so us lah...haha. Seriau kena tarik tangan dipaksa beli. Makcik-makcik aku rasa sukalah masuk pasar ni sebab macam-macam ada. Aku ngan Arn dah aim benda lain.




Kalo nak murah lagi, korang datang pasar malam dia, tiap-tiap malam ada rasanya. Boleh tapau dengan tokey kedai sekali harga! Semua pandai cakap melayu, tapi part nego tu korang siap-siap convert sendiri pakai apps yang ada sebab if dia orang yang convertkan, memang mahal. 

Overall, okla pi Ho Chi Minh if orang such shopping, dipersilakan pegi. Aku memang spesis makhluk tak tahan panas, agak mencabar jugakla jalan-jalan time panas kedengkang!

muka Arn pecah sikit sebab baru baik demam campak. Dah tua nak monopos baru kena demam campak, hahaha

Thanks macha for this shoes. Jom pangkah peta lagi!

Sekian, untuk edisi Ho Chi Minh yang tak berapa nak panjang dan mengujakan. Korang carilah keterujaan sendiri....hohoho

*Currency makin tenat T_T