Tuesday, June 28, 2016

Momen nak raya


Ya Allah, pejam celik tinggal lagi 7 hari nak habis puasa. Punyalah cepat berdezup bulan rahmat ni hendak meninggalkan kita. Terasa rugi betul sebab tak mampu lagi nak sempurnakan ibadah puasa bersungguh-sungguh, solat tarawih bersungguh-sungguh, mengaji bersungguh-sungguh, sedekah bersungguh-sungguh. Yang tinggal sekarang penyesalan yang bersungguh-sungguh!

Mood raya semacam takde, seperti jasad saja yang tiga puluh, nafsunya, terujanya mungkin enam puluh barangkali. Aku pun pelik sebab memang tak rasa lagi feeling raya tu. Baju raya, baru minggu lepas pi hantar jahit, nasibla kalo sempat nak pakai pagi raya, huhuhu. Dan kebetulan Neto pun ada belikan sepasang baju raya, so cukuplah apa yang ada. Kasut raya, beg raya, spender raya semua takde mood nak beli. Mood dah terbuang dekat trip holiday kot, hahaha. Ahhh, aku nak simpan rahsia, nanti dah ada gambar best-best baru aku up aku pi mana. Serius excited gile nak plan trip kali ni, sejak dari bulan 3 aku dah beli tiket sikit-sikit (macam ramai je yang follow) pastu, minggu lepas baru settle part tiket flight. Maybe sebab aku dah lama gila aim nak pergi tempat tu, dua tahun kot aku simpan impian, huhuhu. Moga Allah mudahkan urusan aku nak berjimba-jimba nanti, amin...

Masuk balik mood raya, lagi 3 hari si Nami aka Semah balik, nak mengambil kat KLIA2 dan terus shoot balik raya. Cik Kiah aku dah kasi treatment baik punya, 3 hari aku suruh makcik tukang urut datang, kasi adjust sikit urat-urat CikKiah, biar mak rasa ringan, sihat, segar-bugar time raya nanti. Setiap malam call tanya ada rasa kurang tak sakit pinggang dia, hehehe. Makcik tu urut memang sedap, dah la lama, kalo dilayan borak mau 3 jam dia urut badan ko! Langsir dak Nami dah pasang minggu pertama puasa, hehe, just nak topap kuih raya sikit, pastu berdezup balik kampung!!!

Part balik kampung yang hepi sebab suasana comeh-comeh pagi mantai. Arghhh, tak sabar nak siang ayam, daging, nak merasa sup tulang, haishhh buat lapar pulak pagi-pagi nih! Pastu nak main tukar-tukar hadiah, ohhh seronoknya! Aku rasa semua family pun rasa benda yang sama, keterujaan nak kumpul, makan, gelak, minum kopi, bercondeh, hehehe




video


Kena ingat, bila semakin berusia, keluarga kita perlu lagi erat, sebab entah tahun mungkin ada yang akan tinggalkan kita, atau kita yang meninggalkan mereka. Balik rumah, bawak sayang, bawak perhatian, bukan bawak dendam, bawak masalah. Ok, aku rasa post ni seperti jiwa tua yang membebel, acik-acik sangat, hahaha! Babai, adios.

*Baju raya korang warna ape?