Friday, September 2, 2016

Tips sebelum pi melancong


Aku ada dua trip jenjalan yang akan datang. Disebabkan kita pergi sendiri tak pakai pakej, tour guide, agak susah jugak sebenarnya. Bermacam-macam benda yang kena prepare sendiri, buat sendiri, search sendiri. Nasib baiklah ada masyarakat yang sudi share tip, kongsi cerita pasal travel masing-masing. Dan kita pun boleh jangka sikit-sikit apa yang bakal kita hadapi kat tempat orang nanti, tak gitu?

Pertama-tamanya, bila nak pergi kenalah beli tiket flight. Dan part ni pun kena tengok betul-betul. Make sure semua ahli rombongan betul-betul available time nak pergi, jangan last minute mintak postpone, memang makan penampar! Sekarang aku rasa semua flight tak bagi tukar nama penumpang, kalo tukar tarikh tu, memang azablah nak bayar. So, nak jimat, make sure semua orang betul-betul committed nak jalan, itu yang penting! Lagi tension korang ada connecting flight lepas tu, kena kawtim dengan dua company airplane yang berbeza, jadi make sure gap antara penerbangan tu tak terlalu dekat. Sebab kita tak tau gate airport kat sana macam mana, kannn....

Bab beli tiket dah, kena pulak cari tempat tido kan. Ini pun kena tengok ahli rombongan, ada tak kategori yang pemalas nak jalan, yang semput, obes, orang tua, yang tengah fasa mood dia asyik nak monopos je, korang kenalah cari hotel/hostel yang dekat dengan public transport. Aku suka pakai booking.com sebab best, dan boleh bayar time korang dah sampai sana. Cancel pun free, takde charge, cuma jangan last minute sangat, nanti kena bayar. Part book hotel, make sure korang baca review orang yang dah pernah duduk situ, so korang boleh agaklah service dia macam mana. Yang penting kita tengok toilet je, katil takde pepijat, kira oklah tu...Nanti boleh bayar cash pakai mata wang sana, tapi pastikan lebih sikit korang budget sebab maybe akan ada tax service bagai.

Dah book hotel, dah kira 50% lega perasaan. Lepas tu dah boleh listkan tempat-tempat yang korang nak pergi. Nak naik public transport ke macam bas, taxi, kereta kuda bagai, ikut korang. Ke ada yang jenis nak jalan, takmo habiskan duit kat tambang, pun oke jugak. Yang paling orang takut scam je, kena tipu,duit kena curik. Ohhh,memang menakutkan. So, pastikan korang letak duit kat tempat yang paling selamat, ada beg gantung kat dalam baju ke, asalkan selamat! Aku mana-mana pergi mesti akan sediakan duit kontigensi (kecemasan) takut apa-apa jadi kan. If pergi oversea, pastikan korang telefon kedutaan ke, buat backup document penting dalam email, amik travel insurance. Aku pun rasa macam poyo je benda ni tapi memang sangat-sangat berguna.

Apa-apa bila pi travel, niatkan hati nakpi tengok bumi Allah, tengok hidup orang, insafkan diri yang selalu leka main candy crush, hahaha. Duit kalo ada terus tukar, sebab currency sekarang makin tinggi aku tengok, bukan makin rendah, nyesal tak tukar awal!

Selamat bermusafir!

*Post paling laju aku taip, macam air!

Thursday, September 1, 2016

September 2016


Betapa sekejapnya masa berlalu. Apa jela benda yang bermanfaat kita dah buat sepanjang 9 bulan yang lepas, hurm....Boleh stress, down kalo difikirkan masa yang terbuang secara sia-sia.

Lagi 3 bulan je nak habis tahun 2016, target/azam/goal awal tahun aritu macam sepi-sepi je nak ingat, ke dah lupa, hahaha. Aku punya target untuk 2016 ni boleh kata separuh jela yang dah berjaya ditanda, ada beberapa lagi yang perlu diselesaikan. Harapnya nak settlekan belajar aku ni cepat-cepat, tengah tahun depan dah submit. Itu target yang utama. Tapi ada jugak beberapa keinginan yang semacam tak boleh nak diabaikan. 

Aku suka jenjalan, tapi jenis yang relax-relax je. Ada beberapa tempat yang aku teringin nak pergi, nak senyum lebar-lebar bila aku dapat sampai kat sana, hehe.. Orang cakap, time tengah tak banyak komitmen, tengah sihat, ada sikit duit, pergilah jalan-jalan buka minda. Duit kalo banyak mau aku pergi jauh-jauh, mau sewa caravan jelajah satu dunia! 

Aku teringin nak pergi Switzerland, New Zealand, tengok Kashmir, Taj Mahal, The Hobbit, pulau-pulau cantik kat Indon. Serius, memang menangis kalo dapat pergi sana...huhu


Switzerland

Train tour kat Swiss, menangis tengok!

New Zealand, sumpah cantik!

Cape Farewell, NZ

Kalo dah sampai NZ, wajiblah pergi melawat kampung The Hobbit

Kashmirrrr!!!!

Bunga tulip kat area Srinagar. Kalau pi sini lagi best bawak Cik Kiah, bagi dia fefeeling hindustan, musti senyum sampai krem muka mak aku tu,hahaha


Nak tengok Taj Mahal depan mata

Pastu nak amik gambar kat bangku yang Puteri Diana pernah amik gambar, then anak dia repeat pulak macam gambar di atas

Tak pun, kalo susah-susah aku amik gambar macam ni jelah


hahaha, baru rare!

pastu fefeeling Kajol dengan Shah Rukh Khan kat stesen keretapi sana. Aku rasa kalo aku suruh Along jadi SRK, dia tak hulur tangan, tapi kaki!

Aku ni tak berapa minat sangat pantai sebab tak tahan panas, hahaha. Gedik kan! Tapi bila tengok Lombok, aku terus jatuh cinta, memang cantik dan kategori wajib pergi!


 Pantai pun pink


 Cantik kan? Erghhh

Hadoi, berdarah hidung guwe! Kena bawak bekal start dari sekarang!

So, itulah antara hajat/ impian/ angan-angan/ berangan aku setakat ni. Nakpi negara omputih currency kita makin tenat. Kita pasanglah niat pi yang dekat-dekat dan murah-murah. Jalan-jalan ni macam satu terapi jugak, dan reward untuk diri sendiri. Harap-harap Allah mudahkan angan-angan aku yang tak seberapa nak demand sangat ni, hehehe, amin.


*Passport expired 2020, rugilah takde cop!

Selamat Pengantin Baru


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, si Jemah dah selamat menjadi bini orang! Siapa sangka si kecik ni berani langkah bendul kawin dulu sebelum kakak dia nih, hehehe, itulah orang kata jodoh.

Sebenarnya agak tergesa-gesa jugak buat kenduri ni, macam-macam hal, drama yang berlaku sepanjang si jemah ni nak kawin. Aslanya nak buat bulan 3 tahun depan, pastu jadi ke bulan 1, diskaun lagi terus ke bulan 10 tahun ni. Last-last, bulan 8 pulak. Itulah, dah jodohnya awal, memang drama macam mana pun tetap jadi jugak. 

Bila dah macam tu, siapa lagi yang nak diharapkan urus macam-macam untuk majlis nikahnya kalo bukan aku yang gendut nih! Sebab si Neto dah mengajar kat Sabah, kakaknya kat Sarawak, adiknya Timah kat Ganu, abangnya? Lelaki, ape je yang ko boleh harapkan, hahaha...Kira aku serah diri jela walaupun tak rela. Itulah gunanya kawan kalo tak menyusahkan. Akhirnya, sempurna juga majlisnya walaupun kecik, yang penting nikah, jamu orang sikit-sikit pun cukup.

Ko tengok, nak nikah pun dok marah-marah lagi, hahaha

Pengapit pengantin ada dua orang, sorang doktor gigi, sorang lagi doktorin, haha

Skill selfie aku semakin maju sekarang....

Selamat semuanya

sweet sangat gambar nih, sukaaaa

Kak Kiera and husben pun datang sekali. Memang gathering baliklah kiranya

16/08/2015 teman si Neto pi posting kat Sabah
27/8/2016 teman si Neto ke masjid untuk majlis nikahnya

Perempuan ni memang jenis sedih sikit kalo best buddy dia dah kawin. Bukan sedih sebab tak suka ke ape, sedih sebab gembira, happy tengok orang yang rapat dengan kita dah masuk fasa baru, yang dulu tido, makan, berjimba, gadoh, menangis sama-sama dengan kita sekarang dia dah jadi isteri orang, macam tak caya je, huhuhu...Kalo pegi outstation/ jalan-jalan mana-mana mesti bawak dia, pi Bali, Tioman. Sekarang aku bawak Along jela teman pi jalan-jalan, suka sangat Along aku tu mengikut!

Kita orang ni bukan dikira tahap kawan lagi dah, tapi macam adik beradik sebab keluarga aku dengan dia pun dah memang rapat. Baba tu asyik datang Melaka jela jalan-jalan umah cik Suboh, kadang-kadang call aku tanya khabar, hahaha. Mana ada ayah member korang call korang kan, aku ada! Kalo gado ngan Neto pun aku tak heran sebab Timah (adik Neto) selalu backup aku, hahaha Kita orang cakap pun dah macam ko cakap ngan adik beradik je, bodo, bangang, gila semua ada.

Moga bahagia selamanya, moga mendapat baraqah Allah, moga yang baik-baik menjelma, doakan kat sini menyusul tahun depan, amin..



*Disebabkan Neto dah langkah bendul, kenalah bagi pengeras kat kakaknya....hohoho