Monday, October 31, 2016

Trip Yogyakarta- Part 6


Dalam demam, gigih jugak aku update blog. Seminggu dah cirit-birit, muntah-muntah gara-gara India, areyarrr! Tapi, takpe kita teruskan, tetap optimis untuk share apa yang berlaku sepanjang trip ke Jogja aritu. 

Lepas habis cubaan bunuh diri kat Timang, naik gondola bagai, bila balik dah lapar. Sebelum pegi main gondola tu, sempat kita orang order lunch kat rumah ketua kampung tu, sebab dia ada tangkap lobster fresh dan masak untuk sape-sape yang nak try. So, dah order dalam 5 ekor, around 400ribu siap nasik,sayuq, hiburan semua. Dah makan, dah nyanyi lagu S07 dengan supir sambil goreng gitar, kita teruskan perjalanan ke Hutan Pinus, one of the new attraction at Jogja. Perjalanan agak jauh, dalam 2 jam jugaklah, so aktiviti kita sepanjang dalam van adalah makan, berenti kat tepi jalan tempat orang jual buah-buah, makan lagi dan tido. Akhirnya, sampai jugak dalam pukul 3 lebih, orang tak ramai sangat, ada pengantin tengah amik gambar kawin, port budak-budak baru belajar period bercintun. 

Pokok pine ni bukan spesis duk tumbuh kat khatulistiwa, sebab tu dia nampak cantik

Aku dah cakap, sini tempat orang bercintun, nampak tak senonoh di situ....











Takdelah lama mana kita orang spent time kat sini, adalah dalam 30 minit je. Maybe sebab dah biasa tengok kat belakang UPM, hahaha 

Gambar pun takdelah jakun mana, dah lepaskan lelah, kami terusss saja beransur pulang ke jalan yang diredhai. Sampai hotel, takdan nak ngeteh kat Sellie Coffee, terus tido!

Friday, October 28, 2016

Trip Yogyakarta- Part 5


Panjang betul nak cerita trip kat Jogja nih, perginya 4 hari je tapi cerita macam seminggu! Aku agak malas nak cerita tapi nanti dah tak ingat pulak nak cerita apa nanti, tak syok nak menulis.

So, kita terus sambung saja hari ke tiga. Cuaca agak hujan malam tadi, so if ada aktiviti yang nak bersunrise bagai, baik lupakan. Hari ni bajet nak pi Timang, makan lobster, hutan pain dan apa-apa yang ada di sekitarnya.

Pukul 7.30 pagi supir dah datang, makan puas-puas dan tido sebab agak jauh nak ke Timang tu. Ikutkan plan hanya aku je yang beria nak pi Timang sebab nak rasa naik gondola kayu yang ngeri tuh. Yang lain katanya ikutkan jela hajat aku nih, asalkan aku bahagia dunia akhiroot! Dah dua jam jalan, akhirnya sampai. Jalannya agak mencabar, macam nak pegi menoreh time jalan licin, begitulah gambarannya.

Sesampai je, deruan ombak menyambut ketibaan kite orang. Rasa macam dia tanya, "Are you ready?!!!" hiperbola sangat, hahaha! Jalan licin, lecak, memang harulah siapa yang pakai kasut putih acah-acah stylo tu. Nasib aku pakai selipar jek. Sampai sana, orang pun takde, tukang tarik tali pun tak masuk shift lagi, yang ada ombak besar menjulang-julang, buat hati lagi berdebar je...

Objektif kita pada hari ni, nak seberang laut untuk pergi ke batu sebelah sinun tu.

Baru pasang niat, sekali ombak yang datang bukan main kuat pulak daaa.....
Cobaann....

dalam 30 minit jugaklah tunggu orang-orang yang bertauliah datang, sambil iman diganggu-gugat oleh ombak-ombak yang macam nak suruh kita cancelkan je niat nih.

Cara-cara nak loading dua mak tempayan dalam kotak kecik!

Sebelum berlepas. Masa ni memang takde rasa apa,rasa excited gilos!

Adalah dalam 60 saat je atas tali tu, memang kerja gilak! Tali ni semua ditarik, dikendalikan secara manual, takde insuran ye sape-sape nak main benda ni. If jauh, bak kata supir aku, 'Hanya tinggal nama saja ya kak." Redha betul cakap dia! Kita orang yang first naik benda alah ni, bayaran 200ribu rupiah/ Rm60. So, boleh lelama sikit amik gambar kat seberang sinun!

Objektif tercapai!


muka ada senyummmmm!




Sudahku takluk sisi indahmu sayang....

Persis ikan lumba-lumba,hahaha

Pose wajib!

Dalam 2 jam jugakla spent time kat sini. Agak-agak dah terik, perut lapo, kita pun beransur pulang, sambil terbayang-bayang lobster masak merah yang dah diorder sebelum main gondola ni. Hari ni, makan memang heaven! Balik, kami tak naik van sebab tayar pecah, so kita gerak ke rumah persinggahan pakai motor, bayar sorang 25ribu. Van, pandai-pandailah supir tu adjust, guwe sudah capek lagi kelaparan!


* Kalo datang harus cuba!


Monday, October 10, 2016

Trip Yogyakarta- Part 4

Dengan baju basah, kasut basah, stokin basah dan ko rasa tak selesa, rimas tapi tetap jugak supir nak bawak pi tengok tempat lain. Mungkin dia rasa bersalah kot sebab hujan dan kita orang baru tengok dua tempat je. So dia gigih jugak bawak pi spot terbaik kat Kalibiru, dengan kita orang dah macam haru basah lencun!

Kalibiru ni mencanak naiknya, betul-betul duduk kat atas bukit, tempat port orang amik gamabr atas pokok sambil view tasik yang sangat cantik. Untuk panjat atas pokok, kena bayar 150 ribu tak silap aku dan untuk dapatkan 4 keping gambar daripada DSLR dia orang, kena tambah lagi 20ribu, keypad lock betul! buat duit jela dia orang nih. 

Kita orang sampai pun kira dah hujung-hujung dia orang nak tutup kedai. If datang sini kena call dulu book slot. Mintak je supir korang telefonkan, mesti dia tau. So, dah pasang tali keselamatan, aku orang first yang naik dulu sebab yang lain takut. As usual, aku paling berani setakat ni, hahaha. Tapi bila naik atas, memang ketaq lutut dol, view, subhanallah cantik! Posing, senget-senget badan kat kamera depan. 

Tadaaaa, hasilnya!





Boleh tahan gak penakut si Siah ni

Masih tak mampu nak berdiri

Acah-acah berdiri

Bila aku dah turun, hahaha

Kalo pegi sini, lagi bagus waktu terang, view kat belakang lagi ohsem! Tapi, rezeki kami dapat view nak hujan tapi masih lagi cantik. Bila dah settle semua, satu hal lagi nak menapak turun ke parking, bukit dia mau 70 degrees jugak tegaknya. Boleh korang bayangkan lutut gegar macam mana, huhuhuhu

Dah, terus balik, jangan singgah mana-mana!

Trip Yogyakarta- Part 3


Dah settle makan nasi, kami semua terusss dibawa supir untuk melihat salah satu daripada 7 keajaiban dunia, Candi Borobudur.

Tiket agak mahal jugak untuk foreigner, tapi alang-alang dah sampai, kasi jadi terus! Sampai je cuaca memang kedenkang panaih! Tapi takmo sewa payung sebab kedekut, hahaha. Aku rasa tiket masuk lebih kurang 250 ribu dan disebabkan aku student, so aku dapat diskaun jadi 130 ribu je, untungnya muka baby face!

Dengar nama Borobudur ni bila belajar sejarah form 6, so bila dapat tengok depan mata, rasa macam, weh, serius?! Dan tak sangka gambar yang kita dok tengok dalam buku teks dan ada real depan mata, metafora sangat ke?hahaha

Gambar lengkap ahli rombongan

Style wajib!

Borobudur secara penuh

Borobudur versi separuh

Tak payahla aku cerita pasal asal usul candi ni, korang google la sendiri, kang aku naik syekh lak bila masuk part sejarah. Kita orang pun upah tour guide, bayar 100 ribu dia bagilah penerangan detail, dan rasa menyesal lak bila lama nau dia bercakap, haha

Siah dah bosan, Ita terpaksa tadah telinga. 

Setiap benda yang diukir kat candi ni adalah umpama buku. Lagi tinggi korang naik atas, maksudnya, volume buku tu lagi bertambahlah, sampailah puncak tertinggi sekali, korang dah kira khatam belajar.   Tengah syok si tour guide ni explain, tetiba hujan turun dengan lebatnya. Dahla memang takde tempat berlindung langsung, terus rasa menyesal sebab tak sewa payung tadi, padan muka kedekut sangat! Last-last kena jugak sewa payung T_T Ingatkan hujan turun, tour guide ni nak bagi rumusan je, tapi dia tetap suruh ikut pusing level by level, rasa nak lempang orang yang suruh upah tour guide ni tadi! 

berteduh kat tangga sementara tunggu mas datang bawak payung

Walaupun hujan, tour guide tetap komited menerangkan secara terperinci makna setiap ukiran kat dinding. Aku suruh skip je sebab memang takmo khatam pun. Dah sampai atas, nak amik gambar beria pun tak boleh sebab hujan kan, amik yang sekadarnya sajalah. If nak amik gambar time sunrise or sunset pun boleh tapi harga masuknya lumayan!

Sweet anad satu payung dengan Siah

Makin lama makin lebat hujan, memang tak boleh bawak bergurau. Habis basah kasut, lencun baju. Dalam van terketar-ketar tido selimutkan telekung, memang sejuk! Nak capai fridge magnet pun tak sempat sebab hujan dan mood nak membeli pun hilang. Ingatkan dah habis trip boleh terus balik hotel, rupanya supir gigih jugak nak bawak tempat lagi satu. Nak tau tempat apa, sila klick part 4!


Trip Yogyakarta - Part 2


dah masuk hari kedua, hari #ootd aku sebab aku dah cop kat budak-budak ni, jangan over shadow, hahaha. Dah breakfast ala kadar sebab b/fast dia tak sedap sangat, kopok ikan je yang sedap plus kopi. Supir pun dah sampai, kita liburan terus!

Pertama, kita shoot terus Gunung Merapi, sembahkan kepada penjaga gunung korban untuk tahun ni iaitu si Siah, hahaha. Penjaga gunung takmo sebab Siah bukan local, katanya. Naik Gunung Merapi bukan pakai Avanza, tapi kena naik 4x4, baru thrill! Harga satu jeep, 350ribu. Naik pagi-pagi best sikit sebab takdelah terbakar.

Test gopro, jauh tak boleh pegi. Jauhnye sampai dah nak sebulan pun aku tak dapat-dapat lagi gambar!

Muka mula-mula naik jeep. Bukan main nyanyi pastu dah senyap sebab terhentak-hentak, jalan tak cun!

Dalam 10 minit naik, pastu berenti jap kat tempat peringatan peristiwa Gunung Merapi meletus. Keadaan rumah, sekeliling yang tinggal, gambar-gamabr kenangan.

Inilah sisa yang tinggal bila Merapi meletus 2010.


Mangsa yang terselamat


Dalam 20 minit lepas tu, barulah pengembaraan bermula. Serius, memang senak perut dok terentak dalam jeep, batu-batu dia main redah je, memang habis ovum aku rosak sebab terhentak, membazir! hahaha. Ada beberapa pit stop yang kita singgah untuk fotoin.

Sungguh kacak jeep merah tu

Tragedi Oktober

Sheila Gank!

Masih mampu melompat


Aku rasa dalam 2 jam jugaklah naik turun gunung Merapi ni. Disebabkan semalam hujan, jadi tak dapatlah nak tengok secara jelas Merapi, sebab kabus. Tapi cuaca dia memang best, nyaman je.

Dah turun lapo. So minta supir singgah mana kedai yang best untuk makan dan urusan-urusan lain. Next location? Sila klik kat Part 3!


Trip Yogyakarta- Part 1


I'm big fan of Sheila on 7 and they know that!

Trip ini adalah rentetan daripada konsert SO7 bulan 3 lepas. Lepas dah basah-basah ketiak, serak suara dok melompat-lompat kat konsert, balik singgah ngeteh dan terbukaklah idea nak pegi Jogja. Eh, senang je kan paln,hahaha. Kawan aku semua gila!

Dah sampai hari dinantikan, aku pun tarik beg dan teruslah kami serombongan, Cik Ita, Siah dan Rangga jelmaan aka husben si Ita, as a bodyguard. Aku memang cuci tangan, kaki untuk trip ni sebab Ita dah banyak contact supir Indon,semua dia uruskan sampai aku memang tak amik port pun! Tau sandang beg je,haha.

Kecik je airport Jogja

Trip untuk 4 hari 3 malam, sampai Jogja dalam pukul 11-12 tengahari, berhujan. Check in hotel Adisthana, agak hipssturrr hotelnya. Bilik not bad, selesa untuk rombongan orang tua. If muda belia, acah-acah backpack boleh tido kat area Malioboro. Aktiviti first day? Tido! Sebab hujan, sebab semua dah tua, sebab malas nak bergerak daripada katil. Sempoi kan trip kita orang...


Masing-masing sibuk cari internet



Lepas maghrib, baru kita orang keluar cari hiburan, dan tak disangka Sellie Cafe betul-betul depan hotel. If korang tengok AADC, cafe tu la si Cinta cakap kat Rangga "Jahhaaattt!" Apa lagi, terus bedezup masuk, memang hipstur! Cafe kecik je, agak usang di luar, anak-anai pun dah kokak dinding dia. Tapi, feel dalam tu memang win! Dua malam berturut-turut jugakla kita orang lepak situ. Sambil layan kopi, dia pasang pulak lagu-lagu evergreen yang boleh sing a long lah orang cakap. Orang yang datang pun stok seniman je, bawak gitar, bawak kertas, aku syak dia orang ni asal abis waktu keje lepak kat kedai tulis puisi barangkali.

Hujan kat luar, memang mengasyikkan...

Model Kopi Merapi

Delicious roti bakar

Yang best kat Sellie Coffee : semua kopi dia kalo korang minat kopi
Pisang goreng cheese - sumpah sedap baling batu kat orang!
Roti baker : level paling tinggi dalam kelas roti bakar sebab ko tak berangan pun akan dapat cheese + coklat 

Habislah hari pertama kami di Jogja, dalam hujan, dalam pekat kopi Merapi. Bersambung ke hari kedua.


* Fefeeling Cinta!