Thursday, November 3, 2016

Trip Yogyakarta- Kami pulang dulu ya pak!


Akhirnya, selepas penat, gaduh, tido, makan, lapar, gelak, nganjing, tau tau dah nak balik Malaya hari ni. Untuk hari terakhir, takde spesifik aktiviti yang kita orang rancang, free and easy. Katanya, mak-mak dugong tu nak mandi swimming pool, tapi bila tengok pool 3 kali kuak dah sampai, tak jadilah dia orang plan nak berendam. Aku? Tak kuasa nak basah-basah ni... 

Lepas breakfast sekadarnya sebab tak sedap, kita orang plan nak jalan-jalan kat sekitar lorong tempat hotel tu. Ngam pulak time tu ada beca, terusssss deal harga, pusing-pusing area mana, kasi jadi! Itulah kalo takde pla, smooth je urusan. Dibawa pusing-pusing, jalan sekitar pasar, street art, boleh cakap Jogja ni bersih compared dengan daerah lain. Orangnya pun tenang gitu, persis Duta, cowok guwe!



bersih kan....

Kawasan pasar pun bersih, memang A!

Sambil-sambil jalan, asal ada mural yang cantik-cantik kita singgah kasi snap dulu. Berseni orang Jogja ni, sensitif pun iya jugak.




Mural batik jawa, tak sesuai sangat dengan aku yang Pan Asia, kuikui

Kayuh punya kayuh, terus kita orang sampai kat Istana lama, Istana Air Taman Sari. bayaran masuk rasanya 20ribu sorang. Tengah-tengah nak jalan tu, tetiba ada orang offer diri jadi tour guide, bayar ikut gerak hati je katanya... Istana ni unik sikit sebab dia ada masjid dalam air. Gila orang dedulu pun canggih tau buat bangunan yang unik-unik ni. Setakat raja tu tengok masjid besi kat Putrajaya tu, huh, celah jari je katanya. Istana ni punya besar sampai semua pekerja-pekerja dia duduk, buat rumah dalam tu, turun-temurun sampai sekarang. Kita orang nakpi tengok masjid lama je, so inilah hasilnya hasil bidikan daripada tour guide yang agak pandai cari angle terbaik. Korang hadap jela perangai kita orang yang pegi jalan-jalan pakai baju seluar tido, muka pun ala kadar je cuci. Dah kata nak siar-siar depan hotel je kan, inilah mendapatnya!


cover album cowok tangguh. Korang mana paham bahasa Indonesia.


Satu.

Tiga terus!

Ewahhhh


Yang ni memang terbaik!Nampak dagu berlemak!hahaha

Tak sedar, dah nak hampir pukul 10 pagi, ada 1 jam je nak siap, nak packing. So, bedezup mintak beca kayuh lelaju dan selamatlah kita orang sampai dengan jayanya. Sebelum balik, sempat pegi toko jual kain-kain batik ni. Aku takdelah nak memborong mana, adalah belikan Cik Kiah baju kelawar, buat basi-basi kata orang, hahaha. Simpan duit katanya.... 

Ok, kalo orang nak try supir yang aku guna kat Jogja boleh usha-usha FB dia, namanya Rizky TripJogja. Bagus, boleh hiburkan korang kalo travel jauh-jauh. Tapi boleh suruh dia diam kalo korang dah menyampah, hahaha. Sila pegi bercuti, dekat pun takpe asalkan boleh buka minda=)



*Alhamdulillah, habis jugak cerita Jogja nih!