Tuesday, February 7, 2017

India-Kashmir Trip- Srinagar Day 4&5


Hari keempat bersamaan dengan hari Jumaat, plannya hari ni adalah nakpi Universiti Kashmir untuk urusan kerjalah, dan lebih jugak nak tengok-tengok rupa U kat sana, mana tau lagi canggih ka. Dah breakfast macam biasa, tunggulah si Raashid tu datang amik. Mak dengan Along katanya nak jalan-jalan sekitar sini. Sementara nak tunggu Raashid tu sampai, tetiba ada orang jual bunga datang. Alang-alang belikan penyelia aku benih bunga sebab dia ada kirim. 

Aku pun tak tau nama bunga tu ape, tapi penyelia dah pesan siap-siap. Aku belikan jela. Jangan nanti dia semai, tetiba tumbuh sawi, naya aku, hahaha

So, Raashid dah sampai, terus kami bertolak.

view nak ke Universiti Kashmir


Nak ke sana dalam 15 minit je, tapi bila kami dah nak sampai simpang ke U tu, tiba-tiba polis tutup jalan, tiba-tiba kecoh je kat situ. Aiseh, kami dah cuak jugakla even si Raashid tunjuk kad matrik dia pun tak boleh masuk jalan tu. So, kami pun ikut jalan lain, jalan tikus katanya, huuhhuu. Finally, dapat jugak kita orang masuk kawasan U, kira besar jugaklah U dia ni, tapi fakulti dia semua kecik-kecik je. 

Main library, dari jauh dah nampak




Dah settle urusan kat pentadbiran, so berpusing-pusinglah tengok kawasan setempat. Disebabkan pemberontakan, maka semua aktiviti pembelajaran dihentikan, bak kata Raashid dia pun dah tension sebab asyik tunda je exam. Nak buat macam mana, politik punca! Tapi masih ada lagi student yang stay dalam kawasan U pi kelas study, cuma yang formal class jela takde.

cuns gilak gambar ni, view dialah...

one of main entrance, sunyi. Yang ada minachi selendang merah =)


tiba di fakulti yang dicari


Time ni aku tengah balas-balas pantun dengan Raashid,
"Jo teri khatir tadpe pehle se hi
Kya usey tadpana o zaalima, o zaalima~~~"

Pastu dia balas, jenis takmo kalah jugak dia ni!

"Jo tere ishq mein behka pehle se hi
Kya usey behkana o zaalima, o zaalima"





nak jugak....

Dah hampir 3 jam kat sini, dah nak masuk solat Jumaat so terus kita orang berdezup balik. Sebelum tu, sempat Raashid singgah kat tepi jalan nak bagi kita orang try local food.

Ini orang sana panggil Masaal Chot, dibuat daripada kentang yang direbus dan dilenyek, dihidangkan dengan roti Kashmiri, Lawaasa, ditabur dengan spicy onion dan jugak serbuk cili. (Sumber: Raashid, 2016).


Tengok muka Nami pun dah tau dia takmo rasa punye. Tekak dia nih kategori business class, agak cerewet sikit. Habis jugaklah makan benda ni, rasa plain je, nak cakap sedap tu takdelah kan, tapi sebab menghormati si Raashid ni aku buat-buatlah berselera, hihihi

Dan kebetulan suruh dia carikan fried lotus atau teratai goreng sebab orang kata if datang sini kena try. Dia mula-mula tak berapa nak tangkap sangat ape benda tu, so dia pun berentilah kat tepi jalan tunjukkan teratai fresh, hahaha. Mau muntah dak Nami nak telan!

Ini bukan buat makan, buat libas muka orang bolehlah!
Teratai fresh

Pastu dia berenti lagi, haaaa, ini barulah fried lotus! Sepanjang Dal Lake memang berlambak orang jual, cuma tak tau je...Beli sebungkus sebab nak bagi mak rasa. Nami cakap dia terbayang katak berenang-renang kat celah-celah teratai ni, hahaha! Rasanya agak melekit, bergetah. Maybe sebab dah sejuk barangkali, if panas-panas dah if yang tukang jual muka macam Ranbir Kapoor maybe lagi sedap. 

Sampai ke houseboat ngam-ngam Jumaat, sebelah petang pulak ingat nak jalan-jalan sekitar Dal Lake sebab kiranya dah hari terakhir kat Kashmir kan. Dalam pukul 4 petang Raashid lak call cakap ada hal nak jumpa aku, aigoo. So aku terpaksalah melayan si Raashid sementara Along dengan mak pi jalan-jalan naik auto. 

Melayan si Raashid dan kawannya Owaise



Sempat jugaklah kan bergambar. 

Disebabkan keje tak boleh nak settle kat houseboat, terpaksa pi pejabat si Owaise ni. 


Usha -usha software yang dia ada

Owaise ni pun ada dua degree, lawyer dan finacial.. Haishh, muka hensem, bijak, ayoo....Malu-malu pada mulanya, tapi bila dah lama sikit barulah banyak cakap, biasalah game dia, kita dah khatam, hahaha. Dah settle semua urusan, kami pun pulang ke houseboat, packing-packing barang, makan and tido. Esoknya flight dalam pukul 11pagi if tak silap.

Breakfast terakhir di Kashmir


 Dah settle bayar semua benda, salam-salam si Hashim and family semua, kita pun terus gerak ke airport.

Sampai di airport Srinagar, pehhh memang payah betul nak masuk. Sampai 5 kali scan luggages, sampai naik tension sebab banyak sangat check point, asyik kena raba jela. Askar setiap penjuru ada tapi keadaan tenang jela. 



 Dialog dak Along, "Tak payah beli kat sini, Delhi banyak..." Sampai ke sudah semua takde, hahaha



Berakhirlah episod Kashmir kami sekeluarga. Tak seronok sangat pun nakpi Delhi tapi orang kata alang-alang sampai kasi jadi! Flight ke Delhi 1 jam 30 minit dan akan bersambung di entry yang seterusnya, chaos!


*Teringin nak beli kayu kriket India, buat beduk orang!

No comments: