Monday, April 24, 2017

Delhi-Agra Fort


Jarak antara Taj Mahal dengan Agra Fort takdelah jauh sangat, dalam 10 minit naik kereta dah sampai. Agra Fort macam kubu, keliling parit besar, tembok tinggi, warna merah bata, dari luar memang nampak sangat gah, beza dengan Taj Mahal, lebih rasa romantik. Pandai kan raja sana...Ikutkan sejarah, Shah Jehan jugak yang buat Agra Fort ni, sebagai pusat pentadbiran masa Dinasti Moghul tengah gemilang. Dan jika diamati, sultan-sultan ini jugak yang buatkan islam kat sana menjadi liberal, contoh islam boleh minum arak, islam boleh kawin dengan bukan islam, sebab raja dia ikutkan nafsu dan tukar sendiri peraturan-peraturan yang dah sedia ada dalam kitab. Hurm....

Nak masuk Agra Fort pun kena bayar jugak, lebih kurang 250rupee if korang ada tiket Taj Mahal. If takde tiket, kena bayar 500rupee, berapa punya mahal lah tiket entry dia. Kat sini kami tak amik tour guide, bawak badan sendiri je sebab letih satu, panas, pastu tak plan nak lama-lama pun kat sini. So jalanlah pusing-pusing kawasan istana tu,bilik aku rasa mau beratus, besar!




Pintu masuk pun dah superb




Pintu sini memang kecil, rendah. Lebih kurang sama dengan pintu dekat istana Jogja. Bukan sebab orang dulu kecil-kecil, sebab dia nak unsur rendahkan diri, tundukkan kepala bila lalu kat pintu tu, bijak kan beta...hehehe


Dari sini boleh nampak Taj Mahal, kat sini jugaklah Shah Jehan kena kurung oleh anak dia. Mesti sayu je hati dia bila usha dari tingkap, tengok lambang cinta yang pernah dia buat untuk isteri. Sejenis sultan yang suka berkhayal, tak boleh nak move on dan feeling lebih. 

Selebihnya kat bawah ni adalah gambar.
..
...










Sekejap jugak kat sini, masing-masing dah lapar dan yang paling penting tak tahan panasnya. Dalam pukul 2 lebih kita gerak pi makan. Dah pesan kat driver tu bawak makan kat tempat yang halal. So, kat sinilah dia bawak, macam fancy je restoran ni. Bajet untuk makan ada lagi, so kita bedallah!


Lepas makan, suruh dia bawak pi beli souvenir, dapatlah replika Taj Mahal 2 set. Dah puas hati dapat tengok Taj Mahal, so kami pun decide terus pi train station. Train pukul 4, so bolehla lepak-lepak minum dulu kat dalam train tu. Senang nanti takdelah kalut nak cari platform kat mana. 



Kat sini ramai pulak peminta sedekah, kecik, besar, semua ada. Nampak kotor je budak-budak ni macam sebula tak mandi, ke itu memang trick dia orang. Bagi choki-choki takmo, mintak duit, hahaha. Demand lak ai...Kat lantai nampak bersih takde sampah kan, tapi kat landasan tu berlambak-lambak sampah, eiuuuuwww.



Ada satu kejadian, ada budak mintak sedekah, mengensot-ensot datang kat kita orang, nampak macam cacatlah kan, tadah tangan mintak duit. Kita orang mula-mula takdelah layan, bagi air kopi yang kita orang beli dia mintak duit. Pastu tiba-tiba ada abang India mana ntah cakap bahasa hindi dengan budak tu, macam marah-marah. Kita orang pun heran, ntah apa yang abang tu cakap tiba-tiba budak tu boleh je berdiri, tak cacat rupanya, hahaha. Tergelak kita orang tengok budak tu, tersengih jela budak tu tengok kita orang. Ingatkan dia insof, malu ke, idoknye! Datang balik kat kita orang mintak duit. Last-last bagi je air sprite. hehehe, adoi, macam-macam hal!

Untuk balik ke Delhi, aku amik gerabak yang sleeper. Train ni amik masa 3 jam lebih ke Delhi sebab dia bukan ekspress. Ada yang ekspress tapi takde pulak waktu yang kita nak, so ini je pilihan yang paling sesuai Ada tu lagi lak, 6 jam dari Agra ke Delhi, pitam! So, sepanjang jalan, tido jela kan!

Dalam pukul 7 lebih kita orang selamat sampai ke Delhi, alhamdulillah. Tengoklah berapa ramainya umat India ni, boleh sesak jalan dengan dia orang je.

Ini antara yang aku kagum.di India. Boleh beli susu fresh pakai vending machine je. Pastu tadahla pakai gayung ke, baldi ke. Sepanjang jalan nak balik ke hotel, dah mula nampak orang tido-tido tepi jalan, atas moto,atas guni, memang ramai gila yang takde rumah rupanya. Nak buat macam mana, negara besar, rakyat ramai, sumber asli banyak tapi rakyat lebih ramai yang susah. Sebab itu diaorang sukakan hiburan, boleh berangan kaya dalam khayalan. Sebab itu cerita hindustan mesti hero hidup, mesti hepi ending, kalo tak naya kena bakar panggung! Kesian....

Untuk dinner malam tu, kami sekeluarga makan terus kat Sameer tu. Kang naik hotel terus tido, mudah!


*Kesian....


No comments: