Saturday, July 1, 2017

Delhi-Last Day


Hari terakhir di Delhi yang serba panas, sesak dan berdebu ni, kami decided nakpi shopping di Old Delhi, tempat femes para shopper cari kain saree, kurta dan segala macam India Made. Pergi ke sana kami naik auto sumbat 5 orang satu auto, hahaha, terasa mesra bila berhimpit-himpit! Around 15 ke 20 minit sampai ke sana, even awal pagi tapi bahang Delhi memang tak boleh bawak bergurau, panaih lit lit! Nasib baik anney bukak radio lagu hindustan, adalah hiburan sikit, siap nyanyi lagu bole chudiya bagai dengan si anney tu, hehehe. Dia agak teruja jugakla bila tau kita orang hafal lagu tu. Nasib tak cukup space je nak menari, kalo tak mau dia buat sembah ratu, kikiki.


Anney yang mudah terhibur...




orang putih pun tak tahan dengan bahang India!

View sepanjang perjalanan menuju ke Old Delhi. Bukan selalu dapat naik kenderaan open air kan....

Dah isi perut di restoran segera kat dalam mall area tempat tu, tenaga dah refill so kita boleh start shopping sampai mabuk! Memandangkan time kita orang pergi tu dia orang tengah buat preparation untuk Dilwale, makanya boleh dapat harga murah-murah. 



lebih kurang macam pasar malam je kedainya


Kain pasang dia kaler memang nice, berbondong-bondong membeli, kain saree yang memang banyak yang cantik, cuma duit je tak berapa nak cantik. Kita cuci-cuci mata, belilah sikit untuk diri sendiri, dengan member yang dah ugut supaya belikan kain saree untuk beliau, hahaha. 

Lepas dah dapat apa yang dicari, around pukul 2pm macam tu kami pun nak gerak balik, flight pukul 10 malam tapi kena ada kat airport around 7pm, cannot predict dia punye jem, so kita kena be ready. Sebelum sampai hotel, mintak driver singgah kat India Gate, salah satu mercu tanda wajibul wajib yang harus dijejakkan kaki kalo dah sampai India ni. Dapatlah snap sorang sekeping gambar sebab driver parking tepi jalan besar, tak boleh lama-lama.

Mera Shah Jehan and Kajol


Nami dengan style kepak meraknya


Dan Along yang hanya mampu bergambar dari jauh sebab dia kena jaga barang, kang takut si anney ni bawak lari pulak kurta-kurta dia tu, hahaha  Tapi muka macam seiras, kategori spesis baik ni...

Dah tangkap gambar bagai, terus balik hotel hantar hasil barangan yang berjaya dibeli. Tengok jam macam ada banyak masa lagi, sempat untuk kita pergi makan kat Sameer Restaurant, tempat makan femes yang direkomen oleh orang ramai. Sekali lagi naik auto supaya cepat sampai. Masuk je kedai tu memang ramai mat saleh je yang dining situ, mean memang betullah orang cakap. Memandangkan ini kali terakhir kita makan Indian Food, so orderlah yang special sikit. Along yang paling menggila makan kari sia, semua dia cakap sedap, hahaha. Makan best, harga boleh kata agak mahal jugaklah tapi alang-alang dah pergi, kasi jadi terus! Dah settle makan, bayar, masa untuk pulang ke hotel dan tunggu van pulak untuk ke airport. 
Alhamdulillah, proses check in barang smooth je, cuma yang tak best dak Along dah start cherry berry time kat airport. Banyak kali dah keluar masuk toilet. Yang peliknya dia je yang sakit, ahli jemaah lain steady lagi. Maybe sebab dia yang over makan kat Sameer sampai jadi lagu tu. Nasiblah kena time nak balik, buatnye kena time datang, lagi naya. Dah sampai Malaya, kita orang pulak yang kena cherry berry sampai seminggu! Hilang terus berat badan, huhuhu. Walaupun dah amik suntikan khas before datang India, still jugak kena sakit perut. Dia punye gurau lain macam tau. Maybe teh tarik dia tak sama dengan sini, itu yang terkejut perut! Jadi, begitulah ending kembara kami anak beranak pi India. India memang misteri, walaupun ko rasa takmo lagi dah pergi, tapi tetap jugak nak pergi lagi, hehehe. Insyaallah kalo ada rezeki boleh repeat India tapi tempat yang berbeza pulak. 


*Sila amik suntikan if nakpi India, wajib!

No comments: