Wednesday, July 5, 2017

Selamat Hari Raya 2017- Part 2

Pagi raya, seawal 4.30 pagi mak-mak dah bangun cari bilik air dulu mandi, pastu bermulalah sesi berebut, tunggu que sambil masing-masing pegang berus gigi, towel dan muka seposen kat dapur tu, hehehe. Dah siapkan sarapan, pukul 6.30pagi kami semua dah ready untuk sesi bermaafan dan bersalaman di pagi raya, awal tak?




Bagilah can....haha


Geng bujang muda belia

Geng bujang senang, hahaha

Bradehud

Grandchild and Great Grand childs of NekMunsss

Irfan sedang ajar Haziq style lipat sampin hipster

Raya tahun ni Kole sampai pakai beg sebab angpaw raya dia banyak! kikiki




My baby, gigih dia puasa tahun ni, mungkin 3 hari je dia tak puasa

Si Intan payung terlatest dalam family CikBoh, Aryan. Tahun ni dia dah ada kaki boleh jalan keliling kutip sampul raya, hehe


Kita mulakan dengan sesi bergambar pula.

Yang pertama : Formal


Yang kedua : Apedehal


Yang ketiga : Tunjuk nenek


Yang keempat : Style terkini


Yang kelima dan wajib : Aummmm


Banyak jugak style gambar tahun ni, bila 60an, 80an, 90an, 2000an bergabung beginilah kaedahnya. Dan sesi bergambar seterusnya adalah sesi keluarga. Disebabkan CikNad rajin sikiiiit upload gambar tahun ni so ada dua keping setiap family. I formal dan satu abnormal, kehkeh


Family Maklong




Family Pakngah



Family Maklang



Family Makcik



Pakndak yang masih single mingle around the world!




Dan last dan kompom yang paling last, family Induk, hahahah







Ok, gambar pagi raya je beratus! Bila masing-masing ada saka camera, macam nilah jadinya. Pening nak pilih gambar mana yang harus di up kan (Hancus BM aku!) Dah bermaafan, kita serbu ke rumah sebelah pulak untuk repeat salam dan collect duit raya lagi.  Dah settle bergambar lagi seround, yang lelaki terus ke masjid untuk solat raya, para gadis settlekan dapur, prepare kuih raya, laundry semua. If tempat lain perempuan pun ikut pi solat raya kan, tapi kat sini masjidnya kecik, dan tak berapa ramai perempuan yang pergi solat raya, kita bagi lelaki solat, kita amik kesempatan repeat makan rendang, hihihi....



*Penat weiii nak upload gambar!



No comments: