Saturday, July 8, 2017

Selamat Hari Raya 2017 - Part 3


Korang ingat kami ada masa untuk duduk-duduk saja kat rumah di hari raya? 


Hahahaha!

Semestinya, dah macam acara wajib pulak tiap tahun mesti nakpi amik gambar raya outdoor. Acara ni terbuka kepada sesiapa yang rajin nak mengikut pi shoot time mata dan badan tengah mengantuk mintak selelap dua. Tahun ni, kita semua pi amik gambar kat pantai Tanjung Bidara, tempat lejen time kecik-kecik dulu if ada aktiviti ke mesti di sinilah tempatnya. Time kita orang pegi tu ramai pulak umat manusia yang mandi manda kat pantai tu. Aisehhh, dia orang ni tak reti pegi jalan raya ke agaknya. Mostly cina and India la yang amik kesempatan mandi, beriadah, berkelah time kita semua sibuk menelan ketupat! 

Kat pantai Tanjung Bidara tu ada satu corner yang banyak batu-batu, tapi nak ke sana korang kena cross over the beach, yang confirm-confirm orang ramai gilak! Bayangkan jela masing-masing dengan kasut raya, baju raya, tudung raya buat catwalk kat pantai, hahaha. Nak gambar cantik punye pasal, iye dok! Tengok jela gambar kat bawah, berbaloi tak kita orang catwalk....











Ok, bergabung!
















Dan kemuncaknya, bergambar penuh untuk dijadikan poskad raya tahun ni.



Puas nak dapat snap sekeping yang ok. Tau-tau jelah ada budak kecik yang tak pandai posing lagi.  tengok jela aksi dia kat bawah ni, sampai berpeluh-peluh nak tangkap satu gambar yang cun! hahaha












 









hahaha, si Aryan!


Ok, selamat hari raya korang semua. Moga lebaran kali ini menguatkan hubungan antara sesama kita.  Salam kuih tart dan semperit!



* Tahun depan si Aryan dah pandai posing harapnya.

No comments: